Print this page
Tuesday, 26 January 2016 00:00

Pengenalan BAKIM

Rate this item
(0 votes)

logo bakim 

BAKIM

Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (Setiausaha), Puan Hajar Jinal (Bendahari), manakala Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan, Saudara Mohd Hafiz Abd Hamid serta Puan Atriza Umar dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa.

BAKIM berperanan menjaga kebajikan ahli, memberikan khidmat bantuan bagi ahli yang ditimpa kesusahan atau musibah, mewujudkan platform untuk ahli sebagai saluran komunikasi antara kakitangan dengan majikan bagi meningkatkan kebajikan dan mutu perkhidmatan. Ahli BAKIM terdiri daripada semua pekerja IKRAM sama ada berkhidmat sepenuh masa atau secara kontrak dengan Ibu Pejabat IKRAM yang kini berjumlah 54 orang.

Ahli Jawatankuasa BAKIM bagi sesi 2015-2016 ialah:

Pengerusi:                 Parman Sirad
Timbalan Pengerusi: Ustaz Abdul Haris Bain
Setiausaha:               Noorsyazly Rameli
Bendahari:                Nurul Hidayah Zairulshafuddin

Ahli Jawatankuasa:
Azamuddin Maarof
Masayu Zani
Nik Khatijah Nik Mud

Read 1152 times Last modified on Monday, 01 February 2016 11:32
Our website is protected by DMC Firewall!