wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 20 رجب 1440   |   Wednesday 27 March 2019
Sunday, 09 August 2015 08:00

Majlis Ramah Mesra rapat hubungan kejiranan ibu pejabat IKRAM

Rate this item
(0 votes)

SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Sempena Aidilfitri bertempat di Kompleks IKRAM pada Khamis lalu.

Majlis yang bermula pada jam 12.30 tengah hari hingga 3.30 petang diadakan bagi merapatkan hubungan antara kakitangan IKRAM, institusi dan agensi IKRAM serta syarikat perniagaan yang ada di sekeliling ibu pejabat IKRAM di sini.

Pengarah Program, Hj Rosli Ahmad berkata, selain menyantuni dan beramah mesra, majlis ini juga diadakan bagi memperkenalkan IKRAM kepada warga kerja kawasan setempat, seterusnya mengeratkan silaturrahim antara pimpinan IKRAM, kakitangan ibu pejabat IKRAM dan kakitangan institusi-institusi serta masyarakat awam.

   

Suasana Majlis Ramah Mesra di Dewan Utama Kompleks IKRAM

Antara makanan yang disediakan ialah hidangan makan tengahari termasuk lemang, rendang, nasi impit, lontong, sate, cendol dan kuih-muih raya.

Seramai 200 orang tetamu yang hadir terdiri daripada jiran-jiran di sekitar Kompleks IKRAM dan kakitangan institusi IKRAM antaranya MyCARE, Musleh Berhad, Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB), Raudhatus Sakinah dan Hidayah Centre Foundation.

Antara wakil syarikat kejiranan yang hadir adalah Proton, Eepro, KNM, Sigtech, Isente, Iman Shoppe, Eternal Wellness, ABA & Associates, Portman College, ATCEN, Dialisis Nilam, iboooks, 99 Uniform, Restoran Leong Ya dan SQ Motor.

   

Antara jiran yang hadir: ATCEN, KNM dan Restoran Leong Ya

Hadir sama melayani tetamu ialah Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung Hj Nahar Md Nor, Bendahari Prof Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Ketua Wanita Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Penolong Setiausaha Agung Hj Mohamad Yaakub Idris dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP).

   

Tetamu khas dari kedutaan Australia, sebahagian wakil AZAM Russia dan penganjur bersama wakil PCOM

Majlis ini juga menerima kunjungan daripada wakil kedutaan Australia di Malaysia, Caroline Gibb, wakil NGO Palestin, Palestine Cultural Organization Malaysia (PCOM) dan wakil mahasiswa IKRAM United Kingdom & Eire (IKRAM UKE) dan AZAM Russia.

Semoga majlis ini dapat merapatkan hubungan sesama kejiranan ibu pejabat IKRAM di samping memperkenalkan IKRAM, bertukar fikiran dan mengetahui perkembangan urusan masing-masing di kawasan tersebut insya-Allah.

Lagi foto majlis: http://on.fb.me/1Nj0YhL

Read 1908 times Last modified on Thursday, 04 February 2016 12:28

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!