wrapper

Berita Terkini

الخميس 17 شوّال 1440   |   Thursday 20 June 2019
Wednesday, 26 March 2014 08:00

BAKIM jaga kebajikan, saluran komunikasi pekerja IKRAM

Rate this item
(0 votes)

SERI KEMBANGAN - Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM mencipta sejarah apabila berjaya menubuhkan badan kebajikannya sendiri pada bulan lepas. Mesyuarat penubuhan Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah berlangsung dengan sempurna pada 25 Februari lalu bertempat di Bilik Mesyuarat IKRAM, di sini.

Mesyuarat yang dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan itu telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail. Sebelum berlangsungnya mesyuarat penubuhan tersebut, satu jawatankuasa penaja telah dibentuk bertujuan mengkaji badan kebajikan yang akan diwujudkan ini.

Jawatankuasa penaja tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif sendiri sambil dibantu Hj Md Jalil Bongkik, Hj Mohamed Fariz Mohamed Fadhlullah dan Puan Hajar Jinal bagi merancang penubuhan BAKIM agar perjalanannya kemas serta teratur.

Ustaz Shamsul Maarif dalam ucapannya antara lain memaklumkan bahawa badan kebajikan ini selain menjaga kebajikan ahli, juga bertujuan memberikan khidmat bantuan bagi ahli yang ditimpa kesusahan atau musibah.

“Penubuhan BAKIM ini juga dilihat mampu mewujudkan platform untuk ahli sebagai saluran komunikasi antara kakitangan dengan majikan bagi meningkatkan kebajikan serta mutu perkhidmatan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, badan kebajikan ini adalah sebuah badan yang keahliannya terdiri daripada semua pekerja IKRAM sama ada berkhidmat sepenuh masa atau secara kontrak dengan IKRAM Pusat.

Ketika pemilihan jawatankuasa baru dijalankan untuk menerajui BAKIM, Ustaz Shamsul Maarif sekali lagi telah dilantik sebagai Pengerusi manakala Saudara Parman Sirad telah dilantik sebagai timbalan pengerusi.

Jawatan Setiausaha disandang oleh Saudara Hasbullah Ismail manakala Bendahari pula dipegang oleh Puan Hajar Jinal, manakala Saudara Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan, Saudara Mohd Hafiz Abd Hamid serta Puan Atriza Umar pula dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa.

Pengerusi BAKIM berharap jawatankuasa yang baru dibentuk ini sentiasa berpegang pada matlamat penubuhan badan serta memupuk semangat silaturahim juga persefahaman dalam kalangan ahli.

“Kita berharap semua ahli dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada BAKIM dan pelbagai lagi aktiviti yang akan dijalankan BAKIM selepas ini bagi menjadikan persatuan ini sentiasa bergerak aktif,” tambahnya.

Pada hari yang sama, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan Puan Rawiyiah Zakaria yang bersara awal setelah menabur khidmat bakti selama enam tahun bersama IKRAM. Majlis tersebut secara tidak langsung menjadi aktiviti sulung BAKIM dalam meladeni ahli-ahlinya.

Aktiviti kedua yang telah dijalankan oleh BAKIM adalah lawatan ke rumah Penolong Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mohamad Yaakub Idris di Taman Desa Meru, Klang pada 12 Mac lalu.

Seramai tujuh orang kakitangan (dua ikhwah, lima akhawat) menyertai lawatan tersebut bertujuan menziarahi isteri Hj Yaakub yang selamat menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian kepala di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya beberapa hari sebelumnya. Mudah-mudahan Allah memberikan kesembuhan kepada beliau, Amin.

Senarai Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM)

Pengerusi : USTAZ SHAMSUL MAARIF HJ ISMAIL
Naib Pengerusi : PARMAN SIRAD
Setiausaha : HASBULLAH ISMAIL
Bendahari : SITI HAJAR JINAL
Ahli Jawatankuasa : MOHD IQBAL HAKIM MOHD ADNAN
: MOHD HAFIZ ABD HAMID
: ATRIZA UMAR
Pemeriksa Kira-kira : SABIQAH HARITHUDDIN
: ATIKAH MOHD HATTA
Read 2949 times Last modified on Tuesday, 26 January 2016 14:27

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!