wrapper

Berita Terkini

الجمعة 1 شعبان 1438   |   Saturday April 29 2017
Wednesday, 29 July 2015 00:00

IKRAM dan Gerakan Harapan Baru

Rate this item
(5 votes)

Ikuti pandangan Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad tentang IKRAM dan Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam satu temubual IKRAMedia bersama beliau baru-baru ini.

1. IKRAM disebut sebagai antara NGO yang meyokong Gerakan Harapan Baru yang akhirnya akan menubuhkan sebuah parti politik. Apa sebenarnya peranan IKRAM sedangkan IKRAM adalah sebuah NGO yang non-partisan?

Sebenarnya perlu difahami, yang terlibat dalam usaha-usaha engagement dengan GHB (Gerakan Harapan Baru) ini ialah ahli-ahli IKRAM. Mereka bergerak sebagai ahli-ahli IKRAM dan bukan mewakili IKRAM.

Hubungan IKRAM dengan GHB pula adalah perbincangan sesama mereka untuk mengusahakan pembentukan sebuah parti baru yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS (Parti Islam Se-Malaysia) sesudah muktamar baru-baru ini yang mana ia telah membawa kesan yang melemahkan Pakatan Rakyat.  
Perkembangan ini menyebabkan wujudnya kekosongan yang sepatutnya dipenuhi oleh umat Islam dalam menentukan hala tuju politik negara pada masa depan.

Justeru, ahli-ahli IKRAM berpandangan, keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Golongan Islamis perlulah berperanan untuk meletakkan kumpulan Islam, memainkan peranan yang signifikan bagi menentukan hala tuju politik negara menerusi penubuhan parti baru tersebut yang kemudiannya bergabung bersama Pakatan Rakyat (PR).

Sebenarnya tujuan daripada penubuhan parti baru itu adalah untuk memastikan Malaysia kekal berjalan dengan sistem dwiparti serta penguatkuasaan check and balance antara pemerintah dengan pembangkang.

Itulah yang ingin dikekalkan. Kewujudan sistem dua parti yang kuat juga akan menjadi pengimbang sama ada bagi pihak pemerintah mahupun pembangkang.

2. Apa komentar ustaz terhadap tuduhan-tuduhan  yang mengatakan IKRAM menyusup masuk ke dalam gerakan Islam dan parti politik serta memecah belahkannya dari dalam?

Bagi kita (IKRAM), ia suatu tuduhan yang biasa dilemparkan dan ia boleh dijangka. Justeru, penglibatan IKRAM dalam mana-mana kumpulan Islamis atau gerakan Islam adalah bertujuan untuk memperkukuh gerakan tersebut.

Namun, sama ada penglibatan kita disenangi atau tidak disenangi oleh sesetengah anasir daripada gerakan tersebut, ia bergantung kepada bagaimana pandangan mereka terhadap penglibatan (kita) tersebut.

Yang utama, tujuan kita untuk mengukuhkan serta membawa mereka, hari demi hari lebih dekat kepada penyatuan usaha-usaha kumpulan Islamis untuk memenangkan aspirasi umat.

3. Ketika tuduhan itu dilemparkan kepada ahli-ahli IKRAM, apakah jawapan yang sewajarnya diberikan?

Sekiranya tuduhan sebegitu dilemparkan kepada ahli-ahli IKRAM, mereka sewajarnya melihat perkara ini sebagai satu perkara biasa yang mana seringkali dilalui oleh mereka yang terlibat dalam perjuangan dakwah.

Namun yang penting ialah, kita sama sekali tidak berhasrat sebagaimana tuduhan yang dilemparkan itu sepanjang perjuangan ini.

4. Apakah nasihat ustaz kepada ahli-ahli IKRAM yang bakal melibatkan diri dalam parti politik terutama parti yang baru nanti?

Nasihat IKRAM kepada ahli-ahli yang bakal terlibat dengan parti baru, kekal dengan budaya yang telah mereka peroleh sewaktu mereka bersama IKRAM, berpegang dengan unjuran-unjuran akhlak Islam, budaya politik yang sihat, serta berusaha mendorong kepada kesatuan umat dan kerjasama di medan untuk kepentingan umat Islam.

Read 5047 times Last modified on Wednesday, 29 July 2015 13:10

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my


DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd