wrapper

Berita Terkini

الأحد 27 ذو القعدة 1438   |   Sunday August 20 2017
Thursday, 04 March 2010 00:00

Pengenalan

Written by  admin
Rate this item
(43 votes)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.

VISI: MALAYSIA MENJADI NEGARA RAHMAH

12 Ciri Asas Negara Rahmah berasaskan Islam:

  1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
  2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
  3. Tadbir Urus yang Baik
  4. Undang-undang yang Adil
  5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
  6. Institusi Keluarga yang Utuh
  7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
  8. Ekonomi yang Mampan
  9. Agihan Kekayaan yang Saksama
  10. Pembangunan yang Lestari
  11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara
  12. Menerajui Usaha keamanan dan Kesejahteraan Sejagat

MISI 

  • Mengajak dan membimbing masyarakat memahami, menerima dan menghayati Islam sebagai panduan dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara
  • Berjuang membangun sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan
  • Membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan

MATLAMAT

  • Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  • Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  • Meninggikan taraf sosioekonomi umat Islam;
  • Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membanteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di samping menggalakkan kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama;
  • Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan mereka;
  • Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  • Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  • Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
Read 15272 times Last modified on Thursday, 26 November 2015 13:50

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!